Punca pencemaran Pencemaran radioaktif

Pencemaran radioaktif biasanya adalah akibat hasil tumpahan atau kemalangan semasa penghasilan atau penggunaan radionuklid (radioisotop), nukleus tidak stabil yang memiliki tenaga berlebihan. Kurang biasa, guguran nuklear ("nuclear fallout") iaitu taburan pencemaran radioaktif akibatan ledakan nuklear. Jumlah bahan radioaktif yang dibebaskan dalam kemalangan dikenali sebagai istilah sumber.

Pencemaran mungkin berlaku dari gas beradioaktif, cecair atau zarah. Sebagai contoh, sekiranya radionukled digunakan dalam perubatan nuklear tertumpah secara tidak sengaja, bahan itu boleh disebarkan oleh orang ketika mereka berjalan merata-rata. Pencemaran radioaktif mungkin juga hasil tidak disengajakan proses tertentu, seperti pembebasan xenon beradioaktif dalam pemprosesan bahan api nuklear. Dalam kes bahan radioaktif tidak dapat dikurung, ia boleh dilarutkan kepada kepekatan selamat. Bagi perbincangan mengenai pencemaran alam sekitar oleh pemancar zarah alfa sila lihat aktinides dalam alam sekitaran.

Pengurungan ialah apa yang membezakan bahan radioaktif dengan pencemaran radioaktif. Pengurungan tidak termasuk sisa bahan radioaktif baki di tapak selepas penyahtauliahan. Dengan itu, bahan radioaktif dalam bekas tertutup dan ditetapkan tidak dirujuk khusus sebagai pencemaran, sungguhpun unit ukuran masih kekal sama.

Pemantauan radioaktif

Pemantauan radioaktif membabitkan pengukuran pencemaran dos radiasi atau radionuklid bagi sebab berkait dengan penilaian atau pengawalan dedahan kepada radiasi atau bahan beradioaktif, dan penafsiran hasilnya. Metodologi dan perincian teknikal bagi reka bentuk dan operasi program pemantauan radiasi alam sekitar bagi radionuklid berbeza, perantaraan alam sekitar dan jenis kemudahan diberikan oleh Piwaian Keselamatan IAEA Siri No. RS–G-1.8 [2] and in IAEA Safety Reports Series No. 64.[3]